Pelan Induk Petroleum STAR Sabah – Minyak Sabah Kepunyaan Rakyat Sabah.

Pelan Induk BN adalah singkat, beri Sabah 5% dan “rampas” 95% dan tiada parti komponen BN di Sabah berani secara terbuka mencabar Kerajaan Pusat menaikkan royalti minyak yang kini 5%.

Pakatan fikir 20% adalah mencukup dan bercadang menubuh Dana Petroliam Khas sambil itu PKR bercadang menubuh Syarikat Minyak Sabah dengan modal berbayar sebanyak RM1 bilion. Dari mana punca duit untuk Dana Khas itu dan modal RM1 bilion untuk Syarikat Minyak Sabah tersebut? Dari Sabah lah, apa lagi! Dan siapa akan mengurus Syarikat Minyak Sabah tersebut? kemunginan besar, kebanyakan jika bukan kesemua orang dari Semenanjung. Juga perlu perhatikan ialah Syarikat Minyak Sabah
pun bukan dalam manifesto Pakatan!

Di STAR Sabah, sumber minyak Sabah adalah kepunyaan rakyat Sabah!

Pelan Induk kita mencadangkan subsidi khas supaya rakyat Sabah dapat menikmati harga petrol, diesel dan produk gas yang lebih murah.

Kenapa tidak, sebab minyak dikeluar dari bumi Sabah dan bukan dari bumi negeri-negeri yang tidak mengeluarkan minyak. Rakyat Sabah harus menikmati minyak yang lebih murah, patut kan?

Kita juga patut membayar letrik yang lebih murah yang dijanakuasa oleh penjanakuasa letrik yang menggunakan minyak dan gas kita. Jika penjanakuasa Semenanjung boleh diberi subsidi khas dengan menggunakan gas kita, patut kan kalau rakyat Sabah menikmati letrik yang lebih murah dari penggunaan gas dan minyak kita sendiri?

Kita mesti mengkaji semula pembayaran 5% bayaran tunai daripada Petronas. Meminta untuk dibayar 50% hasil bersih bukan tidak munasabah kerana di Indonesia, Wilayah Acheh menerima 70% dan di republik-republik Islam di dalam Persekutuan Rusia berhak menyimpan dan mengurus sumber minyak mereka.

Kita akan menubuhkan PetroSabah Corporation untuk menerajui industri minyak dan gas di Sabah. Kita akan meminta supaya perlesenan industri minyak dan gas di Sabah dikuasai dan ditentukan oleh Sabah. Keutamaan seharusnya diberikan untuk penggunaan dan pemprosesan minyak dan gas Sabah oleh industri minyak dan gas di Sabah. Tiada sebarang sebab kenapa minyak dan gas Sabah seharusnya dihantar ke negeri-negeri lain untuk industri disana sambil kita menghantar pemuda-pemudi kita pergi bekerja di kilang-kilang Semenanjung yang membayar gaji yang rendah.

Hasil-hasil minyak kita akan disalurkan ke Dana Warisan Kekayaan PetroSabah atau PetroSabah Wealth Fund demi menjaga rakyat Sabah dan generasi mereka yang akan datang. Sebahagian keuntungan dari PetroSabah Corporation akan dilabur di dalam Dana Warisan tersebut. Setiap tahun, sebahagian keuntungan PetroSabah Corporation dan Dana Warisan tersebut akan diagihkan kepada rakyat Sabah. Kenapa tidak?
Apatah lagi sebab minyak itu kepunyaan rakyat Sabah. Kebetulan, satu Menara dari Menara Berkembar Petronas seharusnya ditempatkan di Kota Kinbalu dan Menara yang satu lain di Kuching.

Kami juga melampirkan artikel yang dikeluarkan oleh freemalaysiatoday “Jeffrey: We can no longer compromise on Oil” untuk bacaan saudara/saudari sekalian.

Rakyat Saba patut menyokong Pelan Induk Petroliam STAR Sabah, betul tidak?
Semoga diharap Tahun Naga ini akan membangkit Naga Sabah yang sedang tidur dan menerajui perjuangan dan menghasilkan perubahan Kerajaan.

Advertisements

About dusunbukit

You've got your truth, I've got my truth. We can't be both wrong. The real challenge is to discern the difference. Pardon me if I offend you, but I'm going to put my words bluntly. So, lets rumble..
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pelan Induk Petroleum STAR Sabah – Minyak Sabah Kepunyaan Rakyat Sabah.

  1. Saya amat menyokong perjuangan STAR Sabah yang diterajui oleh Dr Jeffery Kitingan yang berwawasan dan mempunyai ideologi yang kuat terutama dari segi ekonomi. Saya kagum dengan perjuangan Dr Jeffery Kitingan yang mahukan rakyat Sabah hidup delam keselesaan bukan dalam kemiskinan seperti sekarang. Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin pemimpin Sabah bersatulah dengan Jeffery untuk membawa Sabah ke mercu kejayaan bukan kehancuran akibat ketamakan pemimpin yang haloba dan kerbau dicucuk hidung. Jangan jadi kuda tunggangan UMNO BN kerana masa depan genarasi Sabah ada di tangan kepimpinan masa kini. Biarpun saya masih mentah dalam politik tanah air saya dapat menilai sejauh mana keiklasan dan kejujuran Jeffery Kitingan dalam memperjuangkan hak Sabah yang terabai sejak menyertai malaysia pada 16 september 1963. Saya menyeru kepada semua genarasi baru Sabah beralih lah dalam perjuangan politik kita tentukan hala tuju negara Sabah Baru . BUMI SABAH KAYA DENGAN SUMBER HASILNYA TAPI RAKYATNYA MISKIN MELARAT AKIBAT HASIL YANG DI ANGKUT OLEH PEMIMPIN SEMANANJUNG YANG MENTADBIR MALAYSIA. SAYANGI SABAH SAYANGI DIRI KITA SAYANGI ANAK ANAK KITA , MARI UBAH KEPIMPINAN SABAH BERI SOKONGAN PADA STAR SABAH MENTADBIR SABAH MELALUI UNDI PADA PRU 13.DI JANGKA NOVEMBER 2012. INI KALI LA………………

  2. Untuk kita pertimbangkan..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s