PR Tidak Perlu Tanding di Sabah & Sarawak

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekali lagi mengulangi gesaannya supaya parti-parti politik yang berpengkalan di Malaya, terutama Pakatan Rakyat (PR) mempertimbangkan secara serius supaya memberi tumpuan untuk merebut kesemua 165 kerusi Parlimen di 11 buah negeri di Malaya.

PR sepatutnya membiarkan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak untuk bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dalam 57 kerusi Parlimen di kedua-dua negeri, termasuk 1 di Wilayah Persekutuan Labuan dalam PRU13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa saja dari sekarang.

“Kami tidak menganggap PR sebagai musuh tapi kami merayu agar pemimpin-pemimpinnya mempertimbangkan hakikat bahawa mereka memiliki bahagian terbesar, 165 kerusi Parlimen di Malaya dan tiada alasan kenapa mereka perlu datang ke sini dan mengambil kerusi Sabah dan Sarawak?

“Biarkan parti-parti politik Sabah dan Sarawak bertanding untuk merebut 57 kerusi Parlimen di kedua-dua negeri, dan kami akan menyokong anda (PR atau BN?) untuk memiliki Putrajaya…” katanya semasa merasmikan majlis pelancaran Star N31 Paginatan di Kg Togudon, Ranau pada Sabtu, 5 Mei 2012.

Walaupun banyak pihak dalam PR dan BN tidak menyokong gesaan Dr Jeffrey ini, tetapi jelas dipersetujui oleh lebih 400 pemimpin masyarakat yang hadir dalam majlis tersebut yang ditunjukkan melalui tepukan dan laungan ‘Ini Kali Lah!’ sepanjang ucapan selama sejam itu.

Dr Jeffrey mengkhususkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam rayuannya apabila beliau berkata “jika PKR mahu mengambil kerusi Sabah dan Sarawak, ia akan mendedahkan parti itu kepada risiko dilabel sebagai satu lagi UMNO atau lebih teruk daripada UMNO kerana ia mahu mengambil lebih banyak kerusi daripada yang diambil oleh UMNO di Sabah”.

Sehubungan dengan itu, Dr Jeffrey mengulangi sokongan terhadap usaha DESAH, sebuah NGO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Simon Sipaun untuk mempastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN di Sabah dalam PRU13 nanti.

 

Advertisements

About dusunbukit

You've got your truth, I've got my truth. We can't be both wrong. The real challenge is to discern the difference. Pardon me if I offend you, but I'm going to put my words bluntly. So, lets rumble..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to PR Tidak Perlu Tanding di Sabah & Sarawak

  1. Simeon Dewal says:

    Saya berpendapat kaedah ini tidak menjelaskan dengan baik perjuangan STAR…tetapi balik kepada fungsi king maker seperti dimaklumkan oleh beberapa pihak….apakah yang bakal diperolehi oleh rakyat Sabah…saya mohon perjelaskan tuntutan atau perjuangan STAR…dan berapa banyak parti Sabah yang ada STAR,SAPP,USNO,PBS,PBRS,UPKO,LDP…adakah rakyat diminta memilih dari kalangan tujuh parti ini untuk pemilihan Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat….Bolehkah Parti dari Sabah dan Sarawak bersatu untuk membuat tuntutan…??? sekiranya Sabah ditinggalkan bersendirian seperti yang berlaku semasa USNO dan PBS…sampai manakah perjuangannya…please consider decentralisation by PR (saya tidak tau detailnya…tapi bunyinya agak menarik)…

  2. dusunbukit says:

    PBS UPKO PBRS LDP bukan parti2 pembangkang tetapi sebahagian daripada parti2 komponen BN. Namun demikian tiada halangan sekiranya pemimpin2 parti2 politik ini menyokong Agenda Borneo. STAR dan USNO sudah bergabung dalam Perikatan Borneo (UBA) tetapi SAPP belum menyatakan samada bersedia untuk menyertai UBA atau sebaliknya. SAPP cuma menyatakan bahawa mereka menyokong Agenda Borneo. Jestru, Sabahan hanya mempunyai satu pilihan iaitu UBA yang setakat ini hanya menggunakan satu lambang iaitu STAR.

    Berkaitan sokongan daripada parti2 politik (pembangkang atau/dan BN) di Sarawak, beberapa siri pertemuan sudah dan akan diatur. Setakat ini respon yang diterima amat menggalakkan berdasarkan prinsip kepentingan bersama mengikut MA63 dan 20/18 Perkara yang tidak dipatuhi sejak kedua2 ‘negara’ ini menyertai pembentukan satu negara baru – Persekutuan Malaysia.

    Decentralisation Policy unjuran PR itu pada asasnya amat menarik tetapi ianya hanya akan berfungsi dengan baik sekirannya PR tidak mencampuri urusan politik di Sabah dan Sarawak seperti era pemerintahan USNO, BERJAYA dan PBS. Sekiranya parti2 Malaya masih menguasai kerusi2 Parlimen dan DUN di Sabah dan Sarawak adalah dikuathiri dasar itu tidak akan berjaya. Ianya cuma kesinambungan penguasaan parti2 Malaya di Sabah seperti apa yang berlaku di Sabah sekarang di mana 32 daripada 60 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen di kuasai oleh UMNO.

    STAR-UBA sudah menyatakan pendirian bersedia menyokong PR ke Putrajaya, bermakna PR tidak perlu lagi meletakkan calon2nya di Sabah dalam PRU13. Ini adalah cara terbaik untuk mempastikan 1 lawan 1 dengan UMNO-BN di Sabah. Namun, STAR-UBA sentiasa terbuka untuk berunding dengan PR sekiranya aspirasi rakyat Sabah dihormati dan dipatuhi.

  3. Simeon Dewal says:

    Adakah jaminan untuk kekal kepada perjuangan wujud? Apa akan terjadi jika BN dipilih menerajui Putrajaya….Adakah STAR akan mengulangi modus operandi USNO, BERJAYA dan PBS atau kekal dengan perjuangan seperti DAP dan PAS yang tidak berganjak dari ideologi walau seinci pun, walau sesaat pun…. Adakah rakyat Sabah telah bersedia berjuang walau sesen pun peruntukan dari Kerajaan Persekutuan tidak dihulurkan…kerisauan saya ialah sejarah sering berulang…membuatkan saya hilang kepercayaan dengan pemimpin kita sendiri…bagaimana dengan kapal besar lawan kapal besar dan kita kapal kecil lawan kapal kecil….biarlah BN lawan PR di peringkat Parlimen dan semua parti di Sabah bertanding sesama sendiri…Rakyat tentukan…Parlimen hanya undi sama ada BN(orang Sabah juga) atau PR(orang Sabah juga) dan DUN antara UBA, SAPP, PBS, PBRS, UPKO dan LDP barulah kita dapat cari pemimpin yang ikhlas dengan perjuangan…

  4. Kapal besar lawan kapal kecil: Siapa yang menang?

    Ranking 10 negara paling kaya 2011

    1. Qatar
    2. Luxemburg
    3. Norway
    4. SINGAPORE (Kapal kecil)
    5. BRUNEI DARUSSALAM (Kapal kecil)
    6. United States
    7. Hong Kong
    8. Switzerland
    9. Netherlands
    10. Australia

    Ranking 38 negara paling maju 2011

    1. Norway
    2. Australia
    3. Iceland
    4. Canada
    5. Ireland
    6. Netherland
    7. Sweden
    8. France
    9. Japan
    10. Switzerland
    11. Luxembourg
    12. Finland
    13. United States
    14. Austria
    15. Spain
    16. Denmark
    17. Belgium
    18. Italy
    19. Liechtenstein
    20. New Zealand
    21. United Kingdom
    22. Germany
    23. SINGAPORE (Kapal kecil)
    24. Hong Kong
    25. Greece
    26. South Korea
    27. Israel
    28. Andorra
    29. Slovenia
    30. BRUNEI DARUSSALAM (Kapal kecil)
    31. Kuwait
    32. Cyprus
    33. Qatar
    34. Portugal
    35. United Arab Emirates
    36. Czech Republic
    37. Barbados
    38. Malta

    Rakyat Sabah ‘Beranilah Berjiwa Besar’!
    Hancurkan parti ‘Made In Malaya’ di Sabah!
    – Naspazi

  5. kami mau pakatan borneo saja. kami tidak mau parti malaya. anwar ni sama saja niat dia dgn umno. kesudahan dia ialah menjajah juga.

  6. saya penyokong star tetapi bila saya terbaca pr atau bn ..saya sudah lemah sokongan..jadi apa perjuangan sebenar ? haii yaa baik sokong pakatan rakyat..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s