Kebodohan Ibrahim Ali-PERKASA terserlah!

Ibrahim: ‘Kalau nak perang salib boleh’

Aidila Razak
9:06AM Mei 15, 2011

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika
mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di  negara
ini.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya  disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di  Kampung Kerdas dan  Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
Ibrahim menuduh orang Kristian “mencabar posisi, kedaulatan
orang Melayu Islam”.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti
Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 2Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka
digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.

Tetapi Ibrahim silap kerana golongan Bumiputera merupakan kumpulan terbesar penganut Kristian dalam masyarakat Malaysia.

*Cerita selanjutnya boleh dibaca di sini: http://www.malaysiakini.com/news/164179

Advertisements

About dusunbukit

You've got your truth, I've got my truth. We can't be both wrong. The real challenge is to discern the difference. Pardon me if I offend you, but I'm going to put my words bluntly. So, lets rumble..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s