UPKO diambang kehancuran?

Desas desus terbaru dari kedai kopi sekitar bandaraya dipanaskan dengan cerita kononnya UPKO akan meninggalkan BN untuk menyertai PR ekoran daripada tindakan Timbalan Presidennya, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dalam satu majlis di Tuaran baru-baru ini.  Cerita ini dipanaskan lagi apabila Bumburing dalam ucapannya tiada menyebut beliau keluar meninggalkan UPKO, cuma menyatakan halatuju politiknya akan bersama PKR-PR. Ini bermakna, Bumburing hanya keluar BN tetapi kekal sebagai ahli UPKO.

Desas desus ini selanjutnya mengatakan bahawa sebenarnya telah berlaku perpecahan dalam UPKO itu sendiri. Pecahan pertama ialah UPKO-PRO-BN yang diketuai oleh Tan Sri Bernard Dompok, manakala kumpulan kedua ialah UPKO-ANTI-UMNO yang juga terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama UPKO-ANTI-UMNO-PRO-PR diketuai oleh Bumburing, dan UPKO-ANTI-UMNO-PRO-HAK SABAH diketuai oleh Datuk Wences Angang.

Bumburing dikatakan akan membawa sebahagian besar pemimpin dan penyokongnya, terutama dari luar kawasan UPKO sebab ini saja cara bagi mereka untuk berpeluang dicalonkan dalam PRU13 nanti.

Desas-desus ini diperkuatkan lagi dengan kemungkinan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang dijadual akan diadakan pada 24 Ogos 2012 ini akan memberikan ultimatum kepada Presiden parti untuk keluar meninggalkan BN, yang menurut mereka telah dibolot kuasa oleh UMNO, atau berhadapan dengan kemungkinan mass exodus..

Sekiranya ada kebenaran dari desas-desus ini, persoalan utamanya ialah ke manakah halatuju politik KDM dalam UPKO selepas ini?

Advertisements

About dusunbukit

You've got your truth, I've got my truth. We can't be both wrong. The real challenge is to discern the difference. Pardon me if I offend you, but I'm going to put my words bluntly. So, lets rumble..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s