RAKYAT SABAH BERSATU MEMOHON PENGEMBALIAN HAK DAN PEMULIHAN

“Sungguh bermakna bila melihat rakyat jelata Sabah berkumpul membanjiri Stadium Likas untuk ibadah khas memberkati Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia ke-49”  kata Datuk Dr. Jeffrey Kitingan selepas menghadiri majlis tersebut pada 16 September 2012.

Fakta sejarah sudah cukup membuktikan kedudukan dan status Sabah sebelum, semasa dan selepas Perjanjian Malaysia dimeterai,  malangnya pemimpin-pemimpin BN, khususnya dari Kuala Lumpur terus menafikannya. Sempena sambutan Hari Malaysia di Bintulu baru-baru ini, kita mengharapkan kerajaan mula sedar dan memberikan jaminan terhadap hak-hak Borneo. Malangnya Perdana Menteri hanya menggesa rakyat Borneo untuk menghormati asas pembentukan Malaysia yang diusahakan oleh para pemimpin terdahulu tanpa menjelaskan siapa sebenarnya yang tidak menghormati Perjanjian Malaysia, adakah rakyat Borneo atau Kuala Lumpur?

Pemimpin-pemimpin BN Sabah pula terus menyajikan hujah bahawa Sabah sememangnya hanyalah berstatus negeri sejak dari awal. Benarkah demikian?

Kalau Sabah adalah sebuah negeri, kenapa British perlu memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963?  Kalau sejak awal Sabah hanyalah sebuah negeri, kenapa negeri-negeri Malaya tidak turut serta dalam perundingan dan menurunkan tandatangan?

Kenapa negeri-negeri Malaya tidak ada pra-syarat seperti 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak?

Kenapa perkara 19 dalam 20 Perkara disebut bahawa gelaran Sabah ialah sebuah Negara?

Mereka juga lupa bahawa pada tahun 1956, Negara North Borneo (Sabah) telah menghantar dua orang wakil ke Sukan OlimpIk di Australia. Lebih menarik semasa pengistiharan Perjanjian Malaysia, audio sebenar jelas memanggil Sabah sebagai Negara.

Perkembangan ini amat menyedihkan kita. Perdana Menteri mendesak rakyat Borneo menghormati Perjanjian Malaysia, sedangkan merekalah yang mencabuli perjanjian.

Keadaan lebih parah apabila pemimpin tempatan sendiri berwatak dan bersuara bagi pihak Kuala Lumpur dan bukan menyelami denyut nadi rakyat Borneo. Ini menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Sabah sejak sekian lama untuk menikmati hak yang dipersetujui nampaknya hanyalah mimpi di siang hari.

Untuk menunggu Kuala Lumpur berubah nampaknya mustahil.

Yang perlu berubah ialah rakyat Sabah sendiri dengan menyedari bahawa masa depan Sabah terletak di tangan sendiri. Malaysia telah memasuki usia 49 tahun. Angka 49 merupakan angka yang unik dan penuh makna kerana angka ini membawa kepada tahun Jubili Emas Malaysia ke-50.

Sempena ulangtahun Malaysia ke-49 ini,  biarlah rakyat Sabah bertekad membina kesatuan agar Sabah kembali menikmati makna sebenar kemerdekaan, pemulihan hak, autonomi dan pembaharuan menjejak era baru Sabah.

INI KALI LAH!

Advertisements

About dusunbukit

You've got your truth, I've got my truth. We can't be both wrong. The real challenge is to discern the difference. Pardon me if I offend you, but I'm going to put my words bluntly. So, lets rumble..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s