Teks Penuh Ucapan Sulung YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam DUN Sabah

Wed, 19 Jun 2013

1.1   UCAPAN TERIMA KASIH 

Terima kasih Tuan Speaker, kerana memberikan saya peluang membahaskan ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh TYT dua hari yang lalu, pada 17hb.Jun.

1.2   UCAPAN TAHNIAH KEPADA BN

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Barisan Nasional yang telah diberikan mandat untuk menerajui Kerajaan Sabah dalam pilihanraya yang baru saja selesai. Saya juga mengucapkan tahniah kepada YB-YB lain yang telah berjaya dipilih.

  1. 3.   UCAPAN DASAR KERAJAAN HANYALAH “BUSINESS AS USUAL”

Menyentuh tentang Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh TYT, saya tidak melihat apa-apa yang baru tetapi merupakan “BUSINESS AS USUAL” selain daripada isu keselamatan dan kenyataan bahawa Kadar Kemiskinan telah turun kononnya daripada 19.7% pada 2009 kepada 8.1% pada 2012.  Ini adalah pengakuan yang jelas bahawa Sabah negeri termiskin di Malaysia.

Saya lebih mengharapkan supaya Dasar Kerajaan menyentuh sedikit sebanyak tentang Manifesto Barisan Nasional dan sejauh manakah Kerajaan akan melaksanakan dan menepati janji-janji Manifesto pilihanrayanya dalam penggal ini, sayangnya tidak disentuh sama sekali.

Apa pun saya, sebagai Wakil Rakyat Bingkor, mengucapkan terima kasih atas Ucapan Dasar itu yang saya gelarkan sebagai “Biasa-Biasa Saja”… “BOLEHLAH KALAU KAMPUNG-KAMPUNG”

  1. 4.   NEED SOMETHING MORE POWERFUL AND TRANSFORMATIONAL

Tuan Speaker, benarkan saya memberi pandangan saya sebagai pemerhati politik yang tengah-tengah.

Pada pendapat saya, sekiranya Kerajaan meneruskan sikap dan pendekatan yang sama seperti dulu tanpa perubahan dan wawasan yang baru atau tindakan yang berani, Sabah akan terus mengalami prestasi sejarah selama 50 tahun ini – iaitu “IRI OM IRI” dalam Bahasa Dusun.

Tuan Speaker, untuk kita maju ke hadapan dengan lebih mantap dan secara “leaps and bounds”, Kerajaan dan Pemimpin-pemimpin perlu buat beberapa perubahan.

(a)   Pertama, dari segi sikap/attitude terhadap TANAH AIR kita sendiri iaitu bahawa Sabah hanyalah Negeri yang ke-12 dan bukannya sebuah Negera yang bergabung dengan Malaya dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

KELMARIN, YB SG. SIBUGA YANG JUGA YAB.KETUA MENTERI SENDIRI TELAH MENGAKUI SABAH TELAH MENCAPAI KEMERDEKAAN SENDIRI KEMUDIAN MEMBENTUK MALAYSIA BERSAMA MALAYA, SINGAPURA DAN SARAWAK.

DISINI SAYA INGIN MENCADANGKAN KEPADA KERAJAAN SUPAYA MEMBETULKAN KENYATAAN YANG SALAH DALAM WEBSITE KERAJAAN, MENGATAKAN BAHAWA SABAH TELAH MENCAPAI KEMERDEKAAN MENERUSI MALAYSIA PADA 31HB.OGOS 1963.

(b)   Kedua, dari segi pendekatan atau “approach” yang berasaskan kepada tanggapan bahawa Kerajaan Pusat adalah di kuasai oleh Malaya dan kita, Sabah sebagai Negeri yang ke-12, hanya ikut sahaja sebagai Negeri “Subservient”.

Oleh sebab sikap dan pendekatan sedemikian Sabah telah menjadi Negeri yang hanya bergantung nasibnya kepada Kuala Lumpur (K.L.-dependent)/Kerajaan Persekutuan tanpa perancangan yang menyeluruh atau komprehensif atau berstrategik jangka panjang (devoid of long-term strategic plan).

Akibat daripada sikap dan pendekatan inilah juga pemimpin-pemimpin kita di Sabah kehilangan “fresh ideas” atau menerokai dasar-dasar yang mencabar – dan, kita faham.

  1. 5.  IMPROVE STATE FINANCIAL CAPACITY AND INVEST IN OUR FUTURE

Tuan Speaker, izinkan saya membuat beberapa cadangan yang dapat membantu Kerajaan membuat pembaharuan yang boleh menguntungkan SABAH dan Rakyat Sabah terutama sekali dari segi HASIL DAN KEWANGAN yang berterusan.  Seperti mana yang kita tahu, Kerajaan Sabah pada masa kini walau sehebat mana pun Menteri Kewangan, Sabah hanya boleh menghasilkan RM4 bilion dalam tahun 2013 sedangkan Sabah mampu menghasilkan lebih daripada RM50 bilion setahun.  Dimana kah logik atau silapnya sehingga ini berlaku – iaitu Sabah, Tanah Air kita yang tercinta ini kaya raya tetapi dalam masa yang sama, KITA TERMISKIN.

5.1   TO COLLECT 40% OF NET REVENUE

Maka itu, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Sabah bertindak berani dengan menuntut kutipan 40% atau 2/5 daripada Hasil Bersih pungutan Hasil/Cukai dari Sabah setiap tahun seperti mana yang diperuntukkan dalam Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan yang tidak lagi dikutip sejak 1976.

Mengikut kenyataan Pengarah Hasil Dalam Negeri, Sabah (IRB Sabah Director), pungutan Hasil Cukai di Sabah pada Tahun 2012 ialah RM38 bilion dan sasaran Lembaga Hasil pada tahun 2013 ialah RM40 bilion!  Hasil cukai ini tidak termasuk Hasil Minyak oleh Petronas atau hasil Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Persekutuan yang lain.

Bayangkanlah 40% daripada RM40 billion adalah berjumlah RM16 bilion.Maknanya, Sabah bakal menikmati Hasil Negeri sebanyak RM20 bilion setahun iaitu RM16 bilion campur RM4 bilion paling tinggi.Atau paling rendah (RM40 bilion tolak RM10 bilion grant kali 2/5 berjumlah RM12 bilion) campur RM4 bilion iaitu RM16 bilion setahun.

Jumlah ini mampu kita perolehi kerana ini adalah Hak Sabah – iaitu hak agihan hasil Negeri yang termaktub dan dibenarkan melalui Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan.

5.2   REVIEW THE OIL/PETROLEUM AGREEMENT

Tuan Speaker, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Sabah dan Sarawak bertindak sehaluan untuk menuntut Hak Minyak sendiri sebab kita ada asas yang kukuh untuk berbuat demikian seperti berikut:-

(a)   Hasil Bumi/Sumber Asli adalah Hak Mutlak Sabah mengikut Perlembagaan dan undang-undang

Natural Resources are Constitutional Rights of State (Sabah Land Ordinance);

(b)   Federal vs. State List of the Federal Constitution – Land and Natural Resources are under State List;

(c)   The 1974 Petroleum Development Act may even be unconstitutional because the Federal Government cannot legislate maters under the State List;

(d)   Vesting Order issued by the Federal Government in 1975 under the Petroleum Development Act (PDA) is unconstitutional sebab Tanah/Minyak bukan Kerajaan Pusat punya;

(e)   Sabah State Boundaries established in 1954 extends to its continental shelf (Article 1(3) of Federal Constitution);

(f)   Not Right to deprive Sabah to impose royalties on oil (Refer to Clause 4 of the 1976 Oil Agreement);

(g)   Circumstances under which 1976 Oil Agreement was signed, etc.

Tuan Speaker, Kerajaan Sabah dan Pemimpin-pemimpin Sabah mesti berani untuk menuntut haknya dan memperbetulkan yang tidak betul.  Kita perlu BERANI KERANA BENAR!

Untuk makluman Tuan Speaker, walaupun tahun lalu Sabah hanya mengeluarkan RM18.825 bilion nilai petroleum berdasarkan pengeluaran semasa sebanyak 170,000 tong sehari, jumlah pengeluaran ini dijangka berganda 3 kali kepada tahap melebihi 500,000 tong sehari pada 2015 mengikut jangkaan Petronas.

Bayangkanlah pulangan Hasil Minyak kepada Sabah sekiranya Kerajaan Sabah berjaya menuntut Hak Minyak ini.

Katakan lah Hasil Minyak Sabah pada 2015 adalah RM50 bilion dan Sabah mengutip 10% royalti atas RM50 bilion ini,

(i)    10% royalty atas RM50 bilion = RM5.0 bilion

(ii)   Sewa tanah galian minyak = RM 10 juta

(iii)   5% Hasil Minyak/Share = RM2.5 bilion JUMLAH = RM7.5 bilion

Maknanya, Hasil Sabah boleh mencapai RM23.5 bilion iaitu RM16 bilion campur RM7.5 bilion.

Jika ini berlaku, Sabah boleh dimajukan dengan cepat dan pesat kerana hasil kita di tangan kita tanpa mengganggu sumbangan kita ke Kerajaan Pusat.  Tidak perlu lagi Sabah mengemis di Tanah Air sendiri untuk mendapat peruntukkan daripada Kerajaan Pusat!

5.3   REDUCE CORRUPTION, TIGHTEN FINANCIAL PROCEDURES

Dengan hasil dan kekayaan dari Sabah yang bakal kita nikmati, kita harus berwaspada kerana timbulnya pula masalah lain seperti pembaziran, rasuah dan lain-lain.

5.4   INVEST IN HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT

l  Sabah State Universities

l  Technical Institutes

l  Upgrade Existing Institutions

l  People Development Programs

5.5   ESTABLISH OR SET ASIDE FUNDS FOR THE FUTURE

Tuan Speaker, Kerajaan Sabah juga harus menubuhkan atau menyimpan sebahagian daripada Hasil Sabah untuk masa depan dan generasi akan datang.

Pada masa ini, kita masih dalam khayalan kerana kita gagal menuntut hak kita dan masih takut untuk menghadapi cabaran kerana tindakan kita masih lagi dikuasai oleh sikap dan pendekatan yang lama.

Saya menjemput semua Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini selaku pemimpin utama Sabah supaya berfikir matang-matang dan menghayati apa yang saya telah katakan sebentar tadi.

  1. 6.   REDUCE OBSTACLES TO ECONOMIC GROWTH

Tuan Speaker, Kerajaan Sabah juga harus menghapuskanhalangan-halangan kepada pertumbuhan ekonomi.  Antaranya:-

(a)   Dasar Kabotaj haruslah dimansuhkan di Sabah dan ianya tidak terpakai di Sabah kerana Dasar ini menjadi penghalang kepada pelabur-pelabur untuk melabur dan mendirikan industri perkilangan di Sabah.

Kos pelaburan tinggi dan tiada daya saingan untuk melabur di Sabah:-

(i)    Tiada pelaburan, tiada kilang;

(ii)   Tiada kilang, tiada peluang pekerjaan diwujudkan;

(b)   Kerajaan harus juga memikirkan tentang pendekatan baru melalui Dasar – Satu Negara Dua Sistem (1 Country 2 System).

Ini adalah kerana dasar-dasar yang baik untuk Semenanjung tidak semestinya baik untuk Sabah/Sarawak malah mungkin merugikan Sabah/Sarawak kerana kedudukan geografi, socio-budaya, socio-ekonomi dan perbezaan politik.  Semenanjung mencapai kemerdekaan pada 1957 dan negeri-negeri Semenanjung terikat dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 manakala Perjanjian Malaysia yang melibati Malaya, Sabah dan Sarawak adalah pada 1963.

  1. 7.   BUILD SELF-RELIANCE AND REDUCE POVERTY

Tuan Speaker, Kerajaan akan sentiasa gagal menangani masalah kemiskinan sekiranya masih mengamalkan cara yang lama dimana pendekatannya menggalakkan kepergantungan kerana ingin menguasai kelemahan rakyat –

(a)   Melalui subsidi;

(b)   Bantuan kebajikan yang tidak berasas;

(c)   Melalui pelbagai ugutan.

Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan memperkasakan rakyat melalui Program-program:

l    Pembangunan Insan dan Latihan Kemahiran;

l    Pembentukan Mekanisma Pemboleh (Enabling Mechanisms);

l    Pengwujudan system dan Organisasi yang sesuai bagi rakyat terutamanya di luar Bandar untuk mengurus dan meningkatkan ekonomi mereka secara bersepadu, bersistem dan berorganisasi;

l    Mempromosikan amalan demokrasi kerana rakyat pada masa kini dibiarkan bertindak secara bersendiri.

  1. 8.   RESTORING SOVEREIGNTY AND RIGHTS OF SABAH

Tuan Speaker, sebenarnya punca utama masalah k kita di Sabah adalah masalah kehilangan kuasa kemerdekaan Sabah yang mengakibatkan kita terus bersandar dan bergantung kepada kekuasaan Malaya atas nama Kerajaan Pusat Malaysia yang telah diperkukuhkan lagi melalui kemasukkan dan penguasaan parti-parti mereka di Sabah.

Disamping itu, Jabatan-jabatan, Agensi-agensi dan jentera-jentera Kerajaan Pusat telah mengembangkan sayap di Sabah secara besar-besaran dengan kakitangan dari seberang dan mendominasikan fungsi pentadbiran di Sabah sehinggalah berlakunya pertindihan kuasa Kerajaan di Sabah yang semakin bersaing secara negativf kepada Kerajaan Sabah.

Sekiranya ini dibenarkan berlakuberterusan tanpa kawalan, suatu hari nanti kuasa Kerajaan Sabah akan lenyap di tangan Kerajaan Pusat/Malaya yang bertopengkan Kerajaan Pusat Malaysia.   Keadaan ini akan mengakibatkan kemerdekaan Sabah tiada erti lagi, tiada guna (meaningless) dan sia-sia sahaja.

Oleh sebab itu, Tuan Speaker, Kerajaan Sabah dan Pemimpin-pemimpin Sabah harus sedar dan faham tentang hal ini dan bertindak sebelum terlambat demi menyelamatkan Sabah Tanah Air kita yang tercinta dan kedaulatan Sabah.

Maka itulah saya mencadangkan supaya Kerajaan Sabah dan Pemimpin-pemimpin Sabah harus bersatu, bersefahaman dan bertindak untuk memulihkan kedaulatan dan kuasa autonomi Sabah dengan mempastikan:-

(a)   Perjanjian Malaysia 1963 diimplementasikan;

(b)   Perkara 20 dimeterai/dilaksanakan;

(c)   Status Sabah dan TYT dipulihkan sebagai Negara.

  1. 9.   LEVERAGE SABAH/BN SABAH’S

KUASA PENENTU (KINGMAKER ROLE)

Tuan Speaker, mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya – Bolehkah kita lakukan ini?

Saya bilang BOLEH!sebabsekarang ini, tanpa disedar, kuasa ditangan kita di Sabah.  Tanpa sokongan dari Sabah:

  • BN akan tumbang dan kehilangan kuasa pemerintahan di Putrajaya
  • Masukkan dalam ingatan bahawa kamulah, Yang Berhormat-Yang Berhormat BN Sabah sekarang adalah KUASA PENENTU (Kingmaker) siapa yang akan menerajui Putrajaya.
  • Please understand and put it in your heads that without Sabah:-
  • BN would have lost power in Putrajaya!
  • Put it in your heads that you, Sabah BN is now the King Maker!

Sabah/Sarawak kini tidak lagi bergantung kepada Umno atau Kuala Lumpur lagi untuk memegang kuasa memerintah seperti yang sudah-sudah.

Fahamkan bahawa Kuala Lumpur/Umno tidak lagi dapat memeras ugut kita seperti dulu.

Sabah/Sarawak no longer depends on UMNO or KL to be in power!

Realize that KL/UMNO no longer hold you at ransom.

Sebenarnya, keadaan sekarang adalah terbalik.  Umno/Kuala Lumpur memerlukan kamu/kita!

In fact, it is now the other way around!

Boleh dikatakan bahawa sekarang Sabah pegang belabak Kuala Lumpur.

It can be said that, Sabah, now literally holds Kuala Lumpur’s balls.

Sabah kini umpama seorang gadis jelita dipinang oleh dua lelaki bangsawan – Najib dan Anwar.

Sabah is now like a beautiful girl being fought over between two gentlemen – Najib and Anwar.

Najib memerlukan Sabah untuk meneruskan kedudukannya sebagai PM dan hanya boleh berjaya sekiranya BN Sabah menyokongnya.

Najib wants to stay in power as PM but he can only succeed with your support (Sabah BN).

Anwar juga mengidam tempat Najib sebagai PM tetapi beliau hanya boleh berjaya dengan sokongan Sabah.

Anwar also desperately wants to be PM and take over from Najib but he can only do that with Sabah’s support.

Keadaan begitu jelas sekali.Begitulah betapa kuatnya kamu YB-YB BN sekarang selepas PRU-13.  Akuilah kuasa dan kekuatan ini dan ambil lah peluang dan kesempatan ini demi menafaat Sabah dan masa depan generasi akan datang.

So, That’s how powerful you are now after GE13.  Recognize this power and opportunity and use this power for the benefit of Sabah and the future generations.

Perlu juga difahamkan bahawa situasi unik ini mungkin tidak akan timbul lagi.

This unique situation may never arise again.

Kini masanya sudah tiba untuk menunjukkan dan membuktikan komitmen sebenar kamu untuk memperjuangkan pemulihan hak-hak, hak kemerdekaan dan autonomi dibawah 20-Perkara yang kini sudah hilang sambil menuntutbalik hasil-hasil dan hasil minyak kita.

Now is the time to show your real commitment to the restoration of Sabah’s lost rights and autonomy under the 20 Points to recover our revenues as well as our oil resources.

10. CABARAN-CABARAN DAN KOMITMEN PEMIMPIN-PEMIMPIN SABAH

Tuan Speaker, terpulanglah kepada pemimpin-pemimpin kita samada bersedia menyahut cabaran-cabaran di hadapan kita kerana keputusan di tangan mereka.

Berfikirkan lah:-

KEPUTUSAN DALAM TANGAN KAMU SEBAGAI KUASA PENENTU (KINGMAKER)

Buktikan bahawa YB-YB Kerajaan berusaha demi Sabah dan rakyatnya dan bukan kerana kepentingan peribadi.

Prove that you are working for the State and her people and not just  for your personal interests.

Buktikan bahawa kamu YB-YB Kerajaan berusaha demi pemulihan keadilan dan kepentingan Sabah dan bukan kerana bos-bos kamu di Kuala Lumpur.

Prove that you are working to restore justice and for the interest of Sabah and NOT for your bosses in KL!

Buktikan bahawa kamu YB-YB Kerajaan menghormati dan memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan Sabah di bawah 20-Perkara dan beringin Perjanjian Malaysia 1963 amnya dan Artikel 8 khasnya dipatuhi dan dilaksanakan.

Prove that you respect the Special rights of Sabah under the 20 Points and want the MA63 especially Article 8  to be implemented.

Buktikan bahawa Sabah bukannya negeri subservient Kuala Lumpur, bukannya sebuah negeri jajahan Malaya.

Prove that Sabah is not a subservient State of KL, not a colony of Malaya!

Namun bagitu, Kerajaan Sabah bersama-sama dengan Kerajaan Sarawak harus mendesak supaya AGENDA BORNEO dilaksanakan.

KAMU BOLEH MENCAPAINYA.

In other words, the Sabah State Government, together with Sarawak should demand for the implementation of the Borneo Agenda.  YOU CAN DO IT!

Sekiranya kamu YB-YB Kerajaanyang memerintah gagal mencapai matlamat ini semasa berpeluang dan berkuasa membuat sedemikian, MAKA kamu patutlah dan haruslah ditolak oleh rakyat Sabah dan dikeji oleh semua generasi akan datang.  Ini adalah sebab kamu telah secara terang-terangan telah mengkhianati hak-hak dan aspirasi-aspirasi Sabah termasuk kehilangan hasil sebanyak RM50 bilion setahun, kehilangan hak kemerdekaan dan autonomi yang mengakibatkan rakyat Sabah hidup sengsara.  Saya berharap Kerajaan tidak ingin keadaan tersebut berlaku dan tidak akan berbuat sedemikian.

If you failed to do this when you have the opportunity and power to do so, then you deserved to be kicked out by the rakyat and be condemned by the future generationsbecause you have truly become a traitor to Sabah’s rights and aspirations, resulting in Sabah’s loss of more than RM50 billion a year in revenues, the loss of our independence and the suffering of our people.  I don’t think the Sabah Government want to do that?

11.   ULANGTAHUN JUBLI KE-50

50th Anniversary

Tuan Speaker, pada bulan Ogos dan September tahun ini, kedua-dua Kerajaan Sabah dan Malaysia akan menyambut Ulangtahun Jubli Ke-50 Kemerdekaan Sabah dan Pembentukan Malaysia.

Kedua-dua peristiwa ini akan membuka peluang untuk kita semua mengkaji dan meneliti keberjayaan atau kegagalan atau kos dan kebaikan “Projek Malaysia”.

Tuan Speaker, in August and September this year both Sabah and the Federal Governments would be celebrating Malaysia’s 50th Anniversary and Sabah’s 50th year of independence.  This would be a perfect time for all of us to evaluate and assess the success and failures or the cost and benefits of the Malaysia Project.

Adakah MALAYSIA hari ini apa yang diharapkan dan diidamkan oleh Bapa-Bapa Kemerdekaan kita?

Ini kah MALAYSIA yang kita ingini?

Saya yakin TIDAK …. Jauh bezanya.

Kita semua sangat tahu KENAPA IA TIDAK – KERANA:-

Is the Malaysia Today what Our Fathers of Independence envisaged?  Is this the Malaysia we have wanted? I do not think so…far from it?  We all know this…why?  BECAUSE…….

(a)   Perlembagaan Malaysia yang telah disyorkan  oleh IGC tidak dilaksanakan. Perlembagaan sekarang adalah Perlembagan Malaya 1957 yang telah diubah suai.

No New (Malaysia Constitution) was ever drafted as was recommended by IGC.

(b)   Malaysia telah dijadikan oleh pihak tertentu sebagai projek pengambilalihan Sabah/Sarawak oleh Malaya dari British dan bukan suatu penggabungan atau perkongsian seperti yang dipersetujui tetapi suatu konspirasi diantara British-Malaya?

Malaysia was a take-over of Sabah and Sarawak by Malaya from the British not a merger or partnership as agreed but a British-Malaya conspiracy?

(c)   Janji-jani, jaminan-jaminan diketepikan dan tidak ditepati seperti Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Promises, assurances set aside, not fulfilled

(d)   Perjanjian Malaysia 1963 tidak dihormati dan tidak dilaksanakan dan janji-janji tidak ditepati atau seperti istilah di Semenanjung, “JANJI DICAPATI”.

MA63 never implemented or complied with

AKIBAT-AKIBAT

Consequences

Akibat daripada perkara-perkara yang tersebut diatas sangat memburukkan:-

The consequences of the above are far reaching :-

(a)   Sabah dijajah semula, oleh Malaya, tanpa sedar

        Sabah re-colonized by Malaya

(b)   Sabah kehilangan hasil cukainya (RM40 bilion pada 2012 sahaja)

        Sabah lost its tax revenues (RM40 billion in 2012) alone

(c)   Sabah kehilangan hasil minyaknya (RM18 bilion pada 2012)

        Sabah lost its oil resources (RM18 billion in 2012)

(d)   Sabah kehilangan autonomi/Hak kemerdekaannya

        Sabah lost its autonomy/independence

(e)   Keselamatan Sabah tergugat dan tidak lagi selamat (Pencerobohan Kg. Tanduo, PTI, Project IC/Ops Durian Buruk)

Sabah no longer secure (Kg. Tanduo intrusion, PTI, Project IC/Ops Durian Buruk)

(f)   Sabah negeri termiskin (Laporan Bank Dunia 2010)

       Sabah the poorest (2010 World Bank Report)

(g)   Sabah bergantungdaripada Kuala Lumpur (khasnya dari segi kewangan)

        Sabah a dependency of KL (esp. financially)

(h)   Pemimpin-pemimpin telah berkompromi dan menjadi talibarut dan barua Malaya

Leaders compromised, become mere proxies and stooges of Malaya

Barangkali ramai daripada kamu YB-YB mungkin mengatakan bahawa Sabah jauh lebih baik daripada masa dulu?Secara ikhlas, Betulkah?

Many of you may say Sabah is far better than before?  Really?

Atau pun Sabah akan jauh lebih baik dan maju sekiranya ianya dilayan dengan adil dan saksama

But how much better off Sabah would be if we were justly treated.

Lihatlah kedudukan Singapura dan Brunei sebagai perbandingan.Kedua-dua mereka bekas ahli-ahli kongsi dalam “Projek Malaysia”.

Look at Singapore and Brunei as comparisons.  Both were once members of project Malaysia.

Brunei menarik keluar pada saat-saat akhir manakala Singapura memutus keluar dari Malaysia.Kedua-dua Negara ini bebas menikmati kemerdekaan mereka dan jauh lebih berjaya, jauh lebih selamat, lebih maju dan makmur.

Brunei decided against it while Singapore left it.  Both are now free enjoying their independence and are much more successful, secure and prosperous.

Saya tidak mencadangkan pemisahan.

I am not advocating secession. 

TIADA SEBAB kenapa Sabah harus berpisah?

Why should Sabah secede? 

Tapi, kita semua perlu faham bahawa Sabah tidak menyertai Malaysia, kita bersama-sama membentuk Malaysia seperti yang diperakui oleh YB.Sg. Sibuga kelmarin.

We never joined Malaysia, we helped formed Malaysia as acknowledge by YB. Sg. Sibuga yesterday.

KITA juga tidak perlu memohon untuk Kemerdekaan, Sabah telah mencapai kemerdekaan dan kita berhak menentukan masa depan kita sendiri, BUKANKAH?

We do not need to ask for Independence either, we have been granted self-government and we have the right to self determine shouldn’t we?

Apa yang saya ingin cadangkan ialah PENYELESAIAN, PEMBETULAN DAN PEMBAHARUAN.  Bukankah ini baik untuk Sabah?

What I am advocating is a solution, correction and restructuring.  Is that good for Sabah?

DAN Perkara-perkara ini kita harus fikirkan bersama dan bertindak melaksanakannya dalam Ulangtahun Jubli Ke-50 ini.

And this is what we should think about and do in our 50thAnniversary.

Tuan Speaker, Sabah kini terus mengalami kerugian. Tiada sebab kenapa Sabah harus terus mengalami kerugian, sedangkan kita harus mendapat kebaikan daripada penggabungan Malaysia.Adakah Sabah harus terus mengalami kerugian lagi?

Tuan Speaker Sabah is losing all the way.  Why should Sabah lose more when we should gain from this partnership?  Are we going to keep on losing?

12.   UNITE FOR SABAH’S COMMON INTEREST

Tuan Speaker, janganlah sampai kita gagal mempertahankan Negara Sabah tercinta kita.  Marilah kita berganding bahu menyelamatkannya untuk masa depan anak cucu kita.Marilah kita bertindak melakukan sesuatu demi menyelesaikan permasalahan Sabah dan menyelamatkannya semasa kita berdaya.

Tuan Speaker, let us not fail this nation.  Let us save the future for our children and their children.  Let us do something to resolve this Sabah mess while we can.

Hanya ada satu jalan, iaitu kita perlu berkerjasama demi kepentingan bersama untuk Negara Sabah, Tanah Air kita yang tercinta.

Tiada maknanya jika kita sebagai pemimpin Sabah gagal mempertahankan Sabah –tiada maknanya memegang jawatan tinggi dan berkemewahan tetapi menggadaikan masa depan Sabah kerana tidak bertindak menyelamatkan Sabah semasa kita semua mampu berbuat sedemikian.

The only way to do it is to work together in the common interest for Sabah our beloved homeland.  There is no point to be leaders if we failed to do something for our State – no point to be holding high positions and wealth only to lose the future because we did not do something to save Sabah when we are in a position to do so.

Tiada masa yang lebih sesuai berbanding dengan masa sekarang.

KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?  KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

BERTINDAK SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT, SELAMATKAN SABAH DAN SELAMATKAN MALAYSIA.

There is no better time to do it than it is NOW! 

Do it  NOW!  You save Sabah, you save Malaysia!

Saya ada keyakinan YB SG. SIBUGA Datuk Seri Panglima Musa dan YB TAMBUNAN Tan Sri Pairin akan bertindak dan akan mencapai kejayaan.  Sekiranya kamu YB-YB Kerajaan bertindak, saya akan tetap menyokong.

I am sure YB SG. SIBUGA Musa and YB TAMBUNAN Pairin can do it.  If you do you will have my support. 

Mohon respon daripada Kerajaan di dalam penggulungan Menteri Menteri nanti.

13.   BERMULA DENGAN PEMBETULAN DALAMAN

Begin the correction with ourselves

Tuan Speaker, dalam masa yang sedikit lagi ini, benarkan saya menambah sedikit lagi.  Alang baiknya sekiranya kita dapat memulakan sessi ini, dalam Ulangtahun Jubli Ke-50 dengan pemerkasaan dan pembetulan kelemahan-kelemahan dalaman.

Tuan Speaker, it would be wonderful to start this session, this 50th Anniversary Celebration with self strengthening and correction of our own weaknesses.

Misalnya, Wakil Rakyat-Wakil Rakyat kita perlu berusaha dan bekerja keras dan berkesan berkhidmat untuk rakyat.  Akan tetapi mereka tidak akan berkesan kerana mereka tidak diberi kemudahan pejabat, tiada kakitangan dan tiada peruntukkan untuk membiayai operasi asas.  Kekurangan dan kelemahan ini perlu diatasi.

For example, our Wakil Rakyats need to work and be effective in serving the people but they cannot even do that because they have no office, no staff and no basic operational allocation.   This weaknesses need to be solved, right?

Keduanya, kita harus memerlukan Wakil Rakyat berkhidmat untuk rakyat tetapi pada masa kini YB-YB sibuk mengejar projek-projek sebab mereka tidak berkemampuan berkhidmat dengan berkesan.  Sikap ini hanya akan mengakibatkan budaya rasuah.  Oleh yang demikian, kita harus membuat kajian semula kemudahan dan keistimewaan Wakil Rakyat seperti yang dilaksanakan di Sarawak dan Singapura supaya YB-YB dapat menumpukan usaha berkhidmat untuk rakyat.

Secondly, you want the Wakil Rakyat to serve the people but currently the YBs are giving priorities to getting projects because they have no money to serve the people.  This encourages corruption.  So why not review their allowances like Sarawak and Singapore so that they (YBs) can focus on their jobs.

Ketiganya, kita harus mengamalkan doktrin “Separation of Powers” atau Pengasingan Kuasa dan memastikan bahawa kuasa tidak berpusat pada cabang “Eksekutif”.

Thirdly, we should practice the doctrine of the “Separation of Powers’  to ensure that the powers of the Government is not concentrated in the executive  branch.

Pada masa kini, segala-galanya ditumpukan dan berpusat pada cabang “Eksekutif” termasuk pentadbiran badan “Perundangan”.Bajet DUN tidak harus lagi berpusat dan diletak dibawah Jabatan Ketua Menteri sebab cabang “Perundangan” harus berdikari dan berhak menguasai dan mengawal bajet kewangan sendirinya.

At the moment everything is run by the executive including over the Legislative Body.  Why should the DUN budget be under the Chief Minister’s department for example DUN should be a body of its own and should have its own budgetary allocation control.

Keempatnya, Kerajaan Sabah tidak harus bertangguh melaksanakan kuasa autonomi Sabah dalam 20-Perkara.

Kerajaan harus melaksanakannya secara keseluruhan.  Adalah tidak betul untuk menggunakan hak istimewa imigresen untuk menghalang kemasukan Nurul Izzah dan Haris Ibrahim tetapi gagal menggunapakai kuasa yang sama keatas PTI.

Fourthly, please don’t be selective in implementing Sabah’s autonomy on the 20-Points.  Do it in TOTAL.  You cannot be using our special rights on immigration on Nurul Izzah and Haris Ibrahim but failed to apply the same provisions on illegal immigrants.

Tuan Speaker, mengenai PTI dan pengeluaran IC dan MyKad songsang seperti yang didedahkan di pendengaran RCI baru-baru ini, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Sabah mempertimbangkan dan melaksanakan pengeluaran Kad Pengenalan Sabah dan menghidupkan semula peranan dan unit Border Scouts dibawah Kerajaan Sabah untuk menambahkan peranan Kerajaan Pusat dalam Keselamatan Negara.

Tuan Speaker, sudah sampai masanya untuk Kerajaan Sabah ada transformasi sikap, minda dan tingkahlakunya supaya lebih progresif, lebih terbuka menerima idea-idea baru dan kurang defensive sambil lebih merangkumi segala lapisan masyarakat.

Tuan Speaker, it is time for this government to transform its attitude and thinking to be more progressive, more receptive to new ideas to be less defensive and to be more accommodative.

YA, berpihak kepada kemerdekaan kenegaraan dan berpihak hak Sabah.

Yes, to be more independent and assertive in favour of the State.

Akhir kata, saya ingin memohon simpati daripada Kerajaan supaya menyelasaikan dan menyelaras tindakan-tindakan 3 buah Kementerian yang bertentangan di Kawasan Bingkor iaitu, (1) Kementerian Pertanian yang menjalankan skim pengairan padi sawah kepada 40 kampung tetapi sumber airnya daripada Sungai Bayayo akan terjejas jika Projek Water In-take oleh Kementerian Infrastruktur daripada Sungai yang sama dibuat di Bandukan sebab sungai yang kecil yang mengalir ke Bayayo akan ditelan oleh Water In-take ini. Dari segi projek, pada 2007 bila YAB Ketua Menteri telah merasmikan Upacara Pecah-tanah, project dijangka kos RM210 juta tetapi pada 2012 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan projek tersebut dengan kos RM235 juta telah dibiayai melalui pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan.  Kenapa sebagai pinjaman dan bukan grant Persekutuan?

(2)   Projek Pelancongan dan Rekreasi di Taman Bandukan yang digalakkan oleh Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar juga akan terjejas akibat Projek Water In-take ini jika ditempatkan di Bandukan.

Saya cadangkan supaya Projek Water In-take ini ditempatkan di lokasi yang asal – iaitu di Ulu Bandukan agar air Tabasan masih boleh dibekal melalui anak-anak sungai yang lain.

Jika ini dibuat semua Projek dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan kehidupan rakyat.  Paling-paling mangkali keuntungan kontraktor kurang sikitlah!

Tuan Speaker, saya mohon menyokong!

 

YB Datuk Dr Jeffrey G Kitingan

ADUN N33 BINGKOR

19 Jun 2013

 

 

 

 

Advertisements

About dusunbukit

You've got your truth, I've got my truth. We can't be both wrong. The real challenge is to discern the difference. Pardon me if I offend you, but I'm going to put my words bluntly. So, lets rumble..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s